BMM3115

 
Tajuk: Persoalan-persoalan yang biasa timbul
tentang Penyelidikan Tindakan

Bil
Soalan
Catatan
1
Saya tidak jelas maksud kajian tindakan....


2
Apakah pengetahuan yang saya perlukan untuk menjalankan kajian tindakan?


3
Apakah saya perlu membaca buku-buku tentang penyelidikan secara mendalam?


4
Apakah saya perlu tahu bagaimana membina soal selidik?


5
Apakah saya perlu tahu tentang analisis statistik?


6
Apakah saya perlu tahu program menganalisis statistic dengan komputer (SPSS)?


7
Berapakah tempoh masa sesuatu penyelidikan Kajian Tindakan?


8
Mengapa saya yang kena menjalankan kajian tindakan? Kan orang lain ada..


9
Adakah kajian tindakan itu sukar?


10
Adakah saya memerlukan bantuan pakar untuk menjalankan kajian tindakan?


11
Adakah kajian tindakan sama dengan kajian konvensional?


12
Adakah kajian tindakan bersifat kualitatif atau bersifat kuantitatif?


13
Adakah saya perlu mendapatkan maklumat latarbelakang tentang kajian yang saya akan jalankan?


14
Sejauh manakah perkembangan kajian tindakan telah menjadi penting di Malaysia? Penting sangat ke.....?


15
Apakah penyelidikan saya ni mudah sangat...?

16
Apakah sampel bagi kajian tindakan?


17
Apakah peranan saya dalam kajian tindakan ini?


18
Apakah jenis penyelidikan tindakan yang boleh dilakukan di dalam dunia pendidikan?


19
Apakah Yang harus saya buat untuk memulakan sesuatu kajian tindakan?


20
Bolehkah saya menukar strategi semasa kajian jika saya rasa ianya tidak sesuai?


21
Adakah hanya kajian tindakan yang mempunyai maklumat awal dan pernah dilakukan sahaja boleh dijalankan?


22
Adakah saya ada masa untuk menjalankan kajian tindakan ini?


23
Berapa muka suratkah panjang laporan kajian tindakan?


24
Perlukah saya menurut prosedur penyelidikan yang biasa semasa saya menjalankan kajian tindakan?


25
Adakah saya berseorangan menjalankan kajian tindakan? Ada ke orang nak bantu...?


26
Bolehkah saya menjalankan penyelidikan dengan rakan saya?


27
Apakah proses-proses dalam kajian tindakan?


28
Apakah format penulisan kajian tindakan?


29
Di manakah bahan-bahan yang boleh saya perolehi tentang kajian tindakan?



Tajuk: Fokus Kajian & Sorotan Kajian

 2.1       Fokus Kajian

Kajian yang telah saya jalankan ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan murid dalam pembelajaran mereka.  Hasil daripada pengalaman saya mengajar dalam Kelas Tiga Zamrud, saya dapati murid-murid saya amat bermasalah dalam aspek tatabahasa terutama untuk mengenal pasti kata kerja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Atas keprihatinan ini, saya telah merangka satu teknik untuk membantu murid-murid tersebut.  Untuk itu, saya akan melaksanakan satu teknik yang saya cipta sendiri iaitu teknik AYDBG (Apa Yang Dia/Di Buat Garis).  Teknik ini memudahkan murid-murid untuk mencari kata kerja yang mungkin terdapat dalam petikan teks.  Penggunaan teknik tersebut dirasakan amat sesuai kerana murid dapat menggunakan formula tersebut untuk menguji sama ada perkataan tersebut adalah merupakan kata kerja atau pun tidak.
Kajian yang saya jalankan ini bertepatan dengan mata pelajaran major yang saya ambil di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dalam bidang Bahasa Melayu.  Masalah murid untuk mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks adalah tergolong dalam tatabahasa subjek Bahasa Melayu dan menjadi tanggungjawab saya sebagai guru bahasa Melayu untuk membantu murid-murid tersebut.  Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks dan ini tidak melibatkan permasalahan murid tersebut di rumah mahu pun hal peribadi murid tersebut.
Saya turut berasa bahawa kajian ini amat penting bagi murid-murid tersebut.  Ini kerana hasil daripada pemerhatian berkenaan dengan markah ujian peperiksaan yang lepas, saya dapati markah kertas pemahaman Bahasa Melayu bagi semua murid tidak begitu memuaskan.  Hampir kesemua murid mengalami masalah untuk mengenal kata kerja yang terdapat dalam kertas soalan tersebut.  Berdasarkan markah peperiksaan yang diperolehi untuk kertas pemahaman Bahasa Melayu, terdapat 15 orang murid mendapat markah bawah daripada 40 markah, 10 orang murid lain pula mendapat markah di bawah 60 dan hanya lima orang sahaja yang mendapat lebih daripada markah 60. 
Rajah 2.1: Markah peperiksaan kelas 3 Zamrud bagi kertas Pemahaman Bahasa Melayu

Oleh itu, tujuan kajian ini yang memfokuskan untuk memberi kemahiran kepada murid-murid untuk mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks amatlah penting.  Ini juga dapat mempengaruhi markah peperiksaan mereka pada masa yang akan datang jika murid-murid tersebut mampu menguasai teknik untuk mengenal pasti kata kerja tersebut.
Kajian saya ini adalah berfokuskan untuk membantu murid-murid dalam mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks.  Teknik ini mampu diaplikasikan kepada murid-murid lain dan boleh digunakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun tiga.  Kaedah atau cara untuk menggunakan teknik ini amat mudah iaitu guru tidak memerlukan bahan bantu mengajar serta tidak memerlukan pergerakan murid.  Guru hanya perlu menjelaskan secara terperinci kepada murid berkenaan dengan teknik yang akan guru ajarkan ini berserta contoh-contoh yang sesuai untuk membantu murid-murid untuk lebih memahami teknik ini.  Hal ini membolehkan guru mengawal murid dalam kelas tersebut dengan lebih baik serta memudahkan perjalanan pengajaran guru dalam bilik darjah.
2.2       Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Menurut Nik Safiah Karim dalam Rajendran (2001) menyatakan bahawa kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstuksi frasa kerja.  Dalam bahasa yang lebih mudah, kata kerja ini merupakan perkataan yang menunjukkan perbuatan atau pekerjaan.  Terdapat beberapa jenis penggolongan kata kerja.  Antaranya seperti kata kerja aktif, kata kerja pasif, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
tiap kali guru meminta muridnya membuat pembacaan, pastikan murid tersebut turut membuat catatan ringkas tentang bacaannya.  Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menggaris perkataan yang dijumpai jika dirasakan penting atau berguna.  Namun begitu tindakan menggaris kata kunci atas buku rujukan sebenarnya tidak mencukupi.  Murid juga harus menulis semula perkataan atau maklumat  yang mereka temui dalam buku atau dalam sesuatu petikan teks.  Terpulangkah sama ada murid tersebut hendak mencatat maklumat yang ditemui secara terperinci atau secara ringkas.  Dengan cara ini, ia membantu murid berkenaan untuk lebih fokus, dan dengan rangsangan deria rasa, penglihatan dan pendengaran, otak mereka akan dapat menyimpan fakta tersebut dengan lebih baik lagi berbanding hanya dengan pembacaan yang statik.
Hasil daripada refleksi Ismail Zain (2009), beliau menyatakan bahawa proses mengingat semula dan memahami apa yang dibaca adalah penting untuk tujuan mengumpul fakta.  Untuk itu adalah wajar pada peringkat ini pelajar menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting.  Tujuan pelajar menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting adalah untuk memudahkan mereka mengingati perkataan yang telah mereka temui semasa proses bacaan agar tidak terlupa dan memudahkan untuk membuat rujukan semula.  Anda juga boleh menyebut semula fakta-fakta tersebut secara lisan untuk mengukuhkan daya ingatan berkenaan dengan fakta-fakta yang diinginkan.
Moore (1977), menyatakan semasa pelajar mempelajari kandungan baru, bentuk struktur itu direkodkan dalam ingatan pelajar sangat dipengaruhi oleh cara guru membincangkan kandungan itu dengan pelajar di bilik darjah.  Ini bermaksud guru perlu meminta murid untuk membuat catatan berdasarkan apa yang disampaikan oleh guru agar murid dapat mengingati pengajaran guru.  Dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah, proses merekod boleh diklasifikasikan dengan cara bagaimana murid mencatat isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.  Murid juga boleh membuat catatan dengan menggariskan maklumat penting yang terdapat dalam buku atau petikan teks agar maklumat yang diperolehi tersebut mudah diingati oleh murid selain mudah untuk dirujuk semula oleh murid.
Para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri.  Tetapi tidak bermakna guru tidak boleh mencampuri urusan murid tersebut dalam pemilihan strategi belajarnya.  Guru boleh memberi cadangan kepada murid dengan memperkenalkan teknik atau strategi belajar yang baru yang lebih baik untuk murid tersebut selain sesuai dengan tahap mereka.   Guru-guru yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall, 1989).
Cazden (1979), dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh menyokong atau menghalang perkembangan murid untuk menerima pengajaran guru.   Sekiranya suasana atau persekitaran sekeliling yang tidak sesuai dan terdapat gangguan, ini dapat menghalang proses pengajaran di dalam bilik darjah yang menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang selesa serta bebas dari sebarang gangguan. Sekiranya bilik darjah tersebut kurang selesa dan mengalami gangguan dari luar seperti bunyi bising, tumpuan murid boleh terganggu. Hal ini akan menyukarkan guru untuk menerapkan kemahiran belajar kepada murid-muridnya.
Collins (1992) berpendapat, sekiranya murid-murid tidak didedahkan dengan kemahiran berfikir yang bijaksana dalam aktiviti menulis, mendengar, membaca serta berutur, kebijaksanaan mereka akan terhad.  Murid juga sukar untuk menguasai pelajaran yang diajar oleh guru dalam bilik darjah.   Guru harus menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran murid agar murid dapat menggunakan mindanya untuk berfikir dengan lebik kreatif.  Sekiranya murid yang ajar adalah murid yang lemah, guru masih boleh menjana kemahiran berfikir murid dengan pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap mereka tetapi mencabar untuk menjana idea murid.
Perkins (1994), pemikiran aras tinggi boleh berlaku dalam kalangan murid jika murid memainkan peranan yang aktif.  Konsep ini merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan murid.  Guru menggalakkan murid untuk berfikir dan mencari jawapan sendiri.  Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid yang mempunyai masalah.  Melalui kaedah ini, murid akan lebih mudah untuk menerima pengajaran guru jika guru dapat meningkatkan tahap pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi dan murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pengajaran guru.  Murid juga lebih mudah untuk memahami pengajaran guru pada masa hadapan jika mampu untuk berfikir dengan lebih aktif.  Secara tidak langsung tahap pemikiran mereka akan berada pada tahap yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sternberg dan Martin (1988) menyatakan bahawa proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah masih di aras rendah yang kurang atau tidak menyokong penguasaan kemahiran berfikir oleh pelajar.  Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam merangka rancangan pengajarannya dengan menerapkan kemahiran kemahiran sesuai dengan tahap muridnya.  Tahap dalam kemahiran berfikir yang dipilih perlulah mencabar minda murid untuk menjana kemahiran berfikir mereka.  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir perlu diterapkan dengan lebih banyak agar proses pembelajaran lebih bermakna.  Maka adalah menjadi tanggungjawab semua wagra pendidik untuk memastikan wacana pengajaran pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Onosko dan Newmann (1994) menyatakan penggunaan potensi minda amat penting untuk menangani cabaran baru (masalah).  Dalam situasi ini, seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat.  Dalam konsep pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, murid perlu menggunakan potensi mindanya ke tahap yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan atau persoalan yang guru berikan.  Perkara ini penting kerana sesuatu persoalan yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan menggunakan pendekatan rutin.  Pendekatan rutin akan digunakan untuk memastikan murid-murid dapat mengingat kembali apa yang telah diajarkan oleh guru kepada mereka. Sekiranya sesuatu perkara dilakukan secara berulang-ulang, maka mudah untuk murid menyimpan maklumat tersebut dalam minda mereka.
Tobin (1986), beliau mencadangkan bahawa tempoh menunggu yang cukup selepas mengemukakan soalan adalah kriteria penting untuk menggalakkan penguasaan sesuatu kemahiran oleh pelajar.  Ini kerana jika mengemukakan terlalu banyak soalan dalam satu tempoh masa yang singkat akan membantutkan proses murid tersebut untuk menguasai sesuatu kemahiran yang akan diajar.  Hal ini merujuk kepada tempoh memberi latihan kepada murid.  Ini kerana guru perlu memastikan soalan yang diberikan berpatutan dengan tempoh yang diberi dan sesuai dengan tahap murid. 
Menurut Kelly dalam Abdullah Hassan (2009) bahawa sama ada pendekatan induktif atau deduktif yang digunakan, unsur-unsur tatabahasa tetap digunakan, cuma pendekatannya yang berlainan.  Pendekatan yang akan guru gunakan adalah bergantung kepada tahap murid itu sendiri.
Kajian saya ini merupakan satu proses untuk membantu murid yang lemah untuk mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam petikan teks dengan menggunakan teknik AYDBG.  Berdasarkan hasil pembacaan saya dalam jurnal serta kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji lain, belum ada lagi kajian yang mempunyai masalah yang serupa dengan saya.  Bermakna belum terdapat lagi pengkaji yang mengkaji masalah tatabahasa terutama berkaitan dengan kata kerja bahasa Melayu secara mendalam dan terperinci. 
Oleh itu, saya tidak mempunyai rujukan yang khusus bagi menangani masalah murid yang tidak dapat mengenal pasti kata kerja.  Hanya kajian tindakan untuk tatabahasa Bahasa Melayu sahaja pernah dibuat oleh pengkaji lain.  Jadi saya terpaksa mencari teori lain berdasarkan daripada kajian tokoh lain yang bersangkut paut dengan kajian ini.  Untuk itu, saya telah merujuk beberapa kajian yang telah dibuat oleh pengkaji lain dalam bidang tatabahasa kerana kata kerja merupakan komponen dalam tatabahasa.  Beberapa pendapat pengkaji serta tokoh ilmuan telah saya petik dalam kajian saya ini bagi menyokong masalah yang saya hadapi ini.
Kajian tindakan yang berkaitan dengan teknik pengajaran khususnya dari aspek teknik menggaris juga belum ada lagi pengkaji lain telah jalankannya.  Oleh kerana saya menggunakan teknik tersebut dalam kajian saya, maka saya perlu mendapatkan pendapat serta pandangan daripada tokoh yang memperkatakan tentang teknik tersebut.  Berdasarkan kajian mereka, teknik tersebut amat berkesan dalam mencari dan mengenal pasti maklumat penting dalam petikan teks.  Berdasarkan ulasan daripada tokoh tersebut, saya telah kaitkan dengan kajian yang telah saya jalankan.
Saya juga turut mencipta satu teknik baru untuk membantu murid-murid saya untuk mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks. Teknik yang saya maksudkan itu adalah teknik AYDBG yang bermaksud “Apa Yang Dia/Di Buat Garis”.  Teknik tersebut belum ada lagi pengkaji lain menggunakannya serta memperkenalkannya.  Oleh itu belum ada lagi kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan teknik tersebut dalam membantu murid yang bermasalah untuk mengenal pasti kata kerja dalam petikan teks.  Namun berdasarkan kajian yang telah saya jalankan dengan menggunakan teknik tersebut, saya berpendapat bahawa teknik tersebut telah membantu murid saya dalam mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam petikan teks.  Antara faktor yang menjadi penyebab kepada saya untuk mencipta teknik tersebut kerana hasil daripada pembacaan saya, terdapat tokoh yang mencadangkan guru mencipta satu teknik yang baru khususnya dan sesuai dengan tahap muridnya.
Kesimpulannya, dalam proses mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam sesuatu petikan teks, murid memerlukan penggunaan teknik serta kemahiran yang betul.  Untuk itu, guru perlulah memperkenalkan dan menggunakan pelbagai teknik serta cara yang sesuai agar murid-murid tersebut dapat mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam petikan teks.

No comments:

Post a Comment