Kertas Kerja Cadangan:
Penyelidikan Tindakan 1
MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN
PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)
Nama
Pelajar:
Syed
Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil
No Kad Pengenalan:
890826-05-5495
Angka Giliran:
23571
Kumpulan / Unit
PISMP
G2 : BM/PJ/PSV
Nama Pensyarah Pembimbing:
Cik
Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad
Tarikh Serahan:
7hb
Mac 2012
a.
Pendahuluan
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu
untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu
dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah di luar bandar ( Abdul
Rasid Jamian, 2011)
Kemahiran menulis merupakan suatu budaya
intelek yang saling melengkapi antara
kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran
maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambilkira matlamat, penggunaan bahasa, audiens,
dan gaya penulisan. Sehubungan
itu, keupayaan membaca dan menulis
merupakan suatu kemahiran
yang menjadi punca
atau asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam
kemahiran membaca dan
menulis pasti dapat
meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008),
masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca
yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf
kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat,
tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan
yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan
yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan
makna bahan bacaan tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat
mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang
diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini
Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasan manik.
Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia
motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak
berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil.
Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan
pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang
memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang
alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan.
Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui
tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada
untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka
berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan
alternatif bkepada pyang
ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis
imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah
kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).
Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk
kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami
kesukaran memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian
Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan
abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk
huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan masalah
pembalikan huruf (reversal of letters).
Merujuk pada pandangan tokoh yang telah
dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan
pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali ini. Ini dapat
lihat dalam masalah-masalah yang
terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan sesi praktikal
ini.
Bagi praktikal fasa pertama iaitu di
Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah menghadapi cabaran dalam berhadapan
dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk tulisan yang teruk.Ini
dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap
dua. Ini secara tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih
lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua.
Selain itu, saya juga telah berhadapan
dengan masalah murid tidak mampu membezakan huruf kecil dan huruf besar.Ini
dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu disebuah
sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir
kesemua murid dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah
ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai masalah dalam aspek penulisan yang juga
dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.
Pada kali ini, ketika menjalankan
praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah yang hampir serupa dan
ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua. Masalah
tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis
perkataan.
Justeru itu, saya mendapat gambaran awal
bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling saya sedangkan kita
sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-murid
tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting bagi
mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan
kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap dua ini.
b.
Sorotan
Literatur
Ramai pengkaji
telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang
penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat
dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yang
Saya merujuk
kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat
beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer
dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).
Menurut kajian
Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23)
dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan
oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan
bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan
semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang
hendak dikaji, iaitu morfologi
dan sintaksis.
Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa
sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakan
‘simple past tense’, sementara 10% adalah kesalahan ‘preposition ’
sebelum frasa nama. Mereka menambah lagi,
punca kesilapan bahasa
berlaku di kalangan
para pelajar berkenaan
adalah berpunca daripada
pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang
tidak standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa
yang tidak sistematik.
Satu lagi
kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg
Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar
Thailand dalam mempelajari
bahasa Inggeris di
Universiti Ohio. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang
menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalah penggunaan
kata kerja mengikut
jenis kata ‘tense’
yang berlainan. Sebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan
dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata ‘tense’ yang dilakukan
oleh para pelajar tersebut.
c.
Fokus
Kajian.
Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah
menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4
Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau
tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b
dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan
tidak boleh membina peta minda dengan betul.
Hasil perbincangan dengan Puan Hayati
(Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Jaya
ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat
atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan
karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang
mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian
ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi untuk mendapat keputusan
yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana
murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka
masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk
mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung
prestasi murid-murid ini semakin merudum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang
betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka.Ini kerana mereka
seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka
perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting
kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang
mampu untuk menulis dengan baik.
d.
Objektif
Kajian
Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah
untuk mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti
berikut :
1.
Mengenal pasti cara menulis
huruf b dan p mempunyai perbezaannya.
2. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p
dalam menulis perkataan dalam kalangan murid-murid
Tahun 4 Jaya.
3. Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya
dalam aspek penggunaan huruf b dan p
e.
Soalan
Kajian
Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian
dibina seperti berikut :
1.
Mengenal pastipunca masalah
kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya.
2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu
kaedah menulis huruf b dan p dalam sesuatu perkataan.
3.
Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah
menggunakan kaedah
K&K
f.
Kumpulan
Sasaran.
Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu merupakan sebuah sekolah gred B dan juga
merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini terletak
berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di
mukin Jeram dan daerah Kampar.
Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil
dipinggir bandar yang mana kebanyakkan penduduknya merupakan masyarakat Melayu
sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat Cina dan India.Masyarakat Malim
Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki mereka
adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid
di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana
dan berpendapatan rendah.
Dalam kajian yang dikaji, saya telah
memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini adalah kerena saya
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas
tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada
8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai
kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas
dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.
Oleh itu, secara tidak langsung prestasi
murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana dan lemah, akan tetapi
mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang memberangsangkan jika
dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.
g.
Rancangan Tindakan
Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana
kemungkinannya mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid
sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p ketika menulis
perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan
dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan
tersusun.Kaedah dan tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.
h.
Tindakan
yang dijalankan.
Setelah melihat masalah kekeliruan
murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan
fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran
murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang
secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan
dan persekitarannya. Walau apa jua
kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan
membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak
melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya.
Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan
dijelaskan.
Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan
bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis
sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih
memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan p
dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam
menjalankan kaedah A&B ini.
Langkah 1
Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan
pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan
terhadap penggunaan huruf b dan p.Pemerhatian akan dilakukan dengan saya
membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di
situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam
penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan.
Selain itu, saya juga akan membuat Ujian
diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran
murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang
mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah
berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang
latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran
yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.
Dalam langkah ini juga saya akan
menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan juga guru pembimbing
mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini adalah bertujuan untuk mengenal
pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu
bual ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk
menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p.
Langkah
2
Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan
juga temu bual bersama guru kelas dan guru pembimbing, tindakan selanjutnya
adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik mengenal huruf b
dan p.
Dalam langkah ini, saya akan menerangkan
kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula
dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan
pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat
difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf
b dan p dengan betul.
Langkah 3
Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan
murid dikehendaki untuk mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah
petikan yang diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini
bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam
sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang
penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu.
Langkah 4
Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan
cara menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan
ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk
menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara
sebegini murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu
perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu
perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.
Langkah 5
Setelah
melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil
kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau
mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan
selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan
huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan cara ini
guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang
masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya
dengan lebih baik.
Langkah 6
Setelah guru
melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di
langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut
direkodkan ke dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak.
Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu
Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan
tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.
i.
Teknik Pengumpulan
Data. (jadual)
Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara
membuat pemerhatian, ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, teknik
pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu
hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan
data yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.
a.
Teknik Pemerhatian
Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik
pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada
peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini
boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal
tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir
tindakan.
Pemerhatian di awal
tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang
lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan
murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal
mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika
itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal tindakan dalam
proses pengumpulan data.
Teknik Pemerhatian
Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang proses
tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat
menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia
disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan
yang berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini
adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat
perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau
sebaliknya.
Bagi teknik
pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah
A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid
dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang
digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.
.
Teknik Temu Bual
Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus
kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru
mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga
menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan
maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf
perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.
Di sini guru dapat
membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi mengetahui akan
masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual
bersama murid itu sendiri.
j.
Teknik Analisis
Data.
Analisis data adalah
suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang
ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat
digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah
tersebut harus dirumuskan dengan jelas dan benar.
Kegunaan
analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan,
perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik
pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program
pendidikan, dan pembinaan sekolah.
Dalam menganalisis data,
pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian. Kajian
saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data
pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan
borang tersebut, analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada murid-murid
ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap
masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan
mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu
kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.
Dalam peringkat 1, murid
bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka
langsung tidak dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p
dalam menulis perkataan. Manakala
peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek
fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan
dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan
dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan
murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab
cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak
langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana
kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak
dibendung pada peringkat awal.
Seterusnya, analisis
data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data yang
diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah
yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini,
saya akan berkomunikasi dengan guru kelas dan juga guru pembimbing bagi
mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam
kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.
Bagi memastikan
kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi mengklasifikasikan
murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan
kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah
A&B ini mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya
tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi yang berbeza. Ini secara tidak
langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut perkembangan tahap
murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan
masalah pemebelajaran murid itu sendiri.
k.
Anggaran
Belanjawan
Bil
Item/Perkara
|
Kuantiti
|
Harga
Seunit
|
Jumlah
|
|
1.
|
Kertas Putih A4
|
1
|
RM 10.00
|
RM 10.00
|
2.
|
Dakwat Printer
|
1
|
RM 80.00
|
RM 80.00
|
3.
|
Buku Rujukan
|
2
|
RM 20.00
|
RM 40.00
|
4.
|
Cetakan Bahan
|
-
|
RM 20.00
|
RM 20.00
|
5.
|
Minyak Kenderaan
|
-
|
RM 50.00
|
RM 50.00
|
6.
|
Alat Tulis
|
-
|
RM 20.00
|
RM 20.00
|
Jumlah
Keseluruhan
|
RM
220.00
|
7.0
Jadual Belanjawan
l.
Senarai
Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis
Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah
Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu
Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran
membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid
sekolah rendah kebangsaan luar bandar.
Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan
Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Popp (1964), Masalah
Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan
Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)
Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian
Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2
dalam Kelas Pemulihan Khas
Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar
Penyelidikan IPGM KBL.
Sasson, R. (1993). The art and science
of handwriting. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html.
Pada 13 Februari 2012.
No comments:
Post a Comment