BM3311D1

DISEDIAKAN OLEH : KOMATHY A/P BALASUNDRAN (900111-14-5020)
      : SUMITHA A/P RAMULU (830211-08-6274)
UNIT    : M5
KEMAHIRAN MENYAMPAIKAN PENGUMUMAN
Definisi Pengumuman
Pengumuman berasal daripada kata ‘umum’ yang membawa maksud secara keseluruhan, bersifat menyeluruh atau mengenai keseluruhan sesuatu. Kata pengumuman pula bermaksud perihal/perbuatan mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai atau pemakluman.
Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap, (2002) pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman yang ditujukan kepada orang ramai.
Menurut Finoza (1995: 106) berpendapat bahawa pengumuman adalah surat yang berisi pemberitahuan kepada orang banyak yang perlu diketahui oleh siapa sahaja yang berkepentingan sesuai dengan isi pengumuman itu.
Menurut Arbak Othman (1995)  pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman.
• Pengumuman ini bertujuan menyampaikan/memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara kepada orang banyak.

• Walaupun pengumuman dibuat dan ditujukan kepada pendengar secara keseluruhan tetapi kebiasaannya bukan semua orang terlibat atau menjadi kumpulan sasaran berkenaan dengan perkara yang diumumkan itu.
(Nurjamal dan Sumirat, 2010:56) Pengumuman adalah surat yang disampaikan kepada umum, sekelompok khalayak tanpa harus diketahui siapa dan berapa jumlah pembacanya, dan siapa pun berhak membaca, namun tidak semua pembaca itu berkepentingan.
 Pengumuman kerap dibuat secara lisan menggunakan pembesar suara atau disiarkan melalui media massa seperti radio atau televisyen.
 Ada juga pengumuman yang dibuat dalam bentuk teks dan disiarkan dalam akhbar, majalah dan lain-lain media.
Dalam perkembangan teknologi maklumat, pengumuman juga boleh disebarkan melalui internet.
TUJUAN PENGUMUMAN
 Tujuan pengumuman adalah untuk memberitahu sesuatu perkara atau menyampaikan maklumat.
 Pesan atau informasi yang disampaikan dalam pengumuman harus benar, jelas dan sesuai dengan tujuan pengumuman tersebut.
JENIS-JENIS PENGUMUMAN
• Pengumuman Bertulis
• Pengumuman Lisan 
PENGUMUMAN LISAN
 Pengumuman lisan ialah pengumuman secara langsung daripada penyampai sama ada menggunakan alat pembesar suara atau tidak.
 Pengumuman lisan boleh dirakam terlebih dahulu.
 Dalam pengumuman lisan, telinga mendengar gelombang bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi memahami mesej atau maklumat yang hendak disampaikan.
 Sebagai salah satu bentuk komunikasi, pengumuman lisan perlu dibuat menggunakan perkataan dan ayat ringkas, padat dan sejelas mungkin.
 Ayat yang terlalu panjang menyukarkan pendengar memahami mesejnya.
 Dalam komunikasi berbentuk lisan, setiap kata yang telah diucapkan akan hilang dan tidak dapat diulang dengar.
PENGUMUMAN BERTULIS
 Pengumuman lisan disampaikan kepada khalayak secara bertulis. Ini bermaksud maklumat yang ingin disampaikan hanya dapat diperoleh dan difahami oleh khalayak melalui pembacaan.
 Seperti pengumuman lisan, pengumuan bertulis juga perlu dibuat dalam bentuk yang padat, ringkas dan mudah difahami.
 Teks pengumuman boleh ditampal di tempat-tempat yang dijangkakan sering dikunjungi oleh kumpulan sasaran.
 Selain itu, teks pengumuman juga boleh disiarkan dalam media massa seperti akhbar, majalah atau media elektronik seperti televisyen, paparan matriks, paparan kristal cecair (LCD), dan sebagainya.
 Penggunaan media massa sebagai alat menyampaikan pengumuman dibuat jika pengumuman itu melibatkan lebih banyak khalayak yang menjadi kumpulan sasaran atau kedudukan kumpulan sasaran memang tidak diketahui langsung.
FORMAT MENULIS PENGUMUMAN
Format Umum
Pengumuman juga mengandungi bahagian-bahagian pengenalan, isi dan penutup.
Pendahuluan
 Mengandungi maklumat umum.
 Maklumat ini mungkin berguna sebagai pengetahuan am sahaja kepada semua pendengar.
 Bahagian pendahuluan ini penting kerana semasa penyampaian bahagian ini, orang ramai akan mula memberi perhatian atau tumpuan untuk mendengar pengumuman seterusnya.
 Bahagian pengenalan biasanya menggunakan ayat-ayat pembuka seperti  berikut:
a) Dengan ini kami umumkan...
b) Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di....
c) Berdasarkan .... Dengan ini kami umumkan bahawa...

      Isi
• Bahagian yang penting dalam sesuatu pengumuman. Dalam bahagian inilah maklumat sebenar yang ingin disampaikan kepada kumpulan sasaran.
• Setelah mendengar dan memahami pengumuman itu, kumpulan sasaran diharap akan mendapat maklumat penting pengumuman itu.
• Jika maklumat yang diberi tidak lengkap, sukarlah mereka yang terlibat mengambil tindakan yang sewajarnya.
• contoh ayat bahagian isi:
a) Kepada para pemenang, diharapkan dapat mengambil hadiah masing-masing pada ....
b) Para pelajar yang berminat diminta segera mendaftar di....
c) Orang ramai yang ingin mendapatkan borang permohonan boleh mendaftar di...
     
     Penutup
• Bahagian penutup menandakan berakhirnya sesuatu pengumuman itu. Biasanya ucapan terima kasih digunakan.  contoh:-
a) Terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan.
b) Demikian yang dapat kami sampaikan.
c) Harap maklum. Terima kasih.


Format Khusus Pengumuman Lisan
 Pengumuman lisan, secara umumnya perlu mengandungi maklumat berikut:
- Kumpulan sasaran
- Tujuan atau agenda
- Tarikh
- Masa
- Lokasi / Tempat
Format Khusus Pengumuman Bertulis
  Sama seperti pengumuman lisan, pengumuman bertulis juga secara umumnya perlu mengandungi maklumat berikut:
- Tajuk
- Kumpulan sasaran
- Tujuan atau agenda
- Tarikh
- Masa
- Lokasi / Tempat
- Sumber pengumuman
 lebih banyak maklumat tambahan/terperinci dapat dimasukkan dalam teks pengumuman bertulis berbanding pengumuman lisan.
     CIRI-CIRI PENGUMUMAN
• Ditujukan kepada umum
• Isinya menyangkut keperluan orang banyak
• Disampaikan secara terbuka
• Tidak bersifat rahsia
Syarat-syarat pengumuman
1) Menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh umum
2)  Isinya jelas dan  tidak menimbulkan salah faham
3) Mengurangkan penggunaan singkatan atau akronim.
CONTOH-CONTOH PENGUMUMAN
Contoh: Pengumuman Pemberitahuan

Contoh : Pengumuman Sebaran

PENGUMUMAN PERHATIAN

PENGUMUMAN KELULUSAN

PENGUMUMAN JEMPUTAN LAWATAN

PENGUMUMAN PEMBERITAHUAN

PENGUMUMAN PERINGATAN

TERIMA KASIH



Tajuk CERAMAH
Pendahuluan
Orang yang berpengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada anggota kumpulan atau institusi tertentu. Kemahiran berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan secara cekap dan berkesan dengan anggota masyarakat. Aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan guru. Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput menyampaikan ceramah . Setiap guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran berceramah
 Pengertian Ceramah
Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis yang formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu . Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para pendengar atau audien untuk mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan . Berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk.
 Persediaan Ceramah
Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut:
a)             Siapakah audiennya?
b)             Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?
c)             Di manakah ceramah itu akan diadakan?
d)            Bilakah ceramah itu akan diadakan?
 Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya . Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut:
a)             Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti
b)             Membuat persediaan yang rapi
c)             Menyemak setiap ilustrasi
d)             Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh)
e)             Menyemak setiap peralatan
f)              Memakai pakaian yang sesuai
 Ketahui Skop Ceramah Anda
Penceramah seharusnya mengetahui dengan secukupnya semua perkara yang mungkin hendak diketahui audien. Jika penceramah tampil ke depan tanpa membuat persediaan tentang perkara-perkara yang hendak diperkatakan, kemungkinan besar mutu ceramah itu akan terjejas. Hal ini kerana seseorang penceramah bukan sekadar dikehendaki menyampaikan ceramahnya, tetapi perlu menjawab segala pertanyaan yang bakal dikemukakan atau memberi reaksi terhadap pandangan audiennya di akhir ceramahnya . Penceramah juga perlu melakukan penyelidikan tentang apa yang diharapkan oleh audiennya. Lazimnnya tujuan dan objektif sesuatu ceramah dimaklumkan kepada penceramah oleh pihak penganjur terlebih dahulu. Namun, sekiranya penceramah kurang pasti tentang apa yang dikehendaki, maka ia perlulah menanya pihak penganjurnya . Hal ini akan memberi gambaran kepada penceramah untuk menentukan apakah yang dikehendaki dan setakat mana tahap ceramahnya. Selain itu, penceramah juga perlu mengenal pasti berapa lama tempoh ceramah yang dikehendaki bagi menentukan takat perincian yang perlu disediakan mengikut tajuk ceramah yang berkenaan . Dengan itu, penceramah juga akan dapat gambaran tentang setakat mana formalnya ceramah itu nanti
 Membuat Persediaan yang Rapi
Setelah mengetahui secara kasar apa yang dikehendaki, penceramah hendaklah memulakan persediaan. Ambillah masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Persediaan yang lebih lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar yang mungkin dirasai oleh penceramah dan audien juga akan lebih yakin terhadap ceramah yang disediakan dengan rapi.  Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan – segala yang diketahui daripada pengalamannya sendiri. Kemudian, penceramah boleh mendapatkan sebanyak mungkin bahan rujukan seperti buku, rencana, dan kertas kerja yang terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Mencari maklumat terkini tentang tajuk ceramah yang berkenaan amat penting pada tahap ini kerana kemungkinan audien akan menanya penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut. Apabila sudah mengumpulkan segala maklumat, penceramah hendaklah menulis ceramahnya. Catatlah seberapa banyak tajuk dan subtajuk sebagai panduan dalam proses menulis teks ceramah tersebut. Jika penceramah menyampaikan maklumat yang perlu diingati oleh audien, penceramah mungkin dikehendaki menyediakan kertas ceramah untuk diedarkan sebelum ceramah bermula atau semasa ceramah berlangsung. Kertas ceramah inilah yang sepatutnya menjadi dasar ucapan penceramah dan memuatkan dengan segala maklumat tambahan yang disertai rujukan dan tajuk yang sesuai. Setelah menulis teks ceramah, penceramah hendaklah melafazkan teks itu di hadapan cermin sebagai latihan. Latihan sedemikian membolehkan penceramah meneliti air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan seterusnya membetulkannya secara sedar. Sebagai persiapan yang lebih rapi lagi, penceramah sebaik-baiknya merakamkan ucapannya. Apabila memainkan semula rakaman tersebut, penceramah boleh mengesan gangguan-gangguan bahasa yang seterusnya boleh dibetulkan. 
Menyemak Setiap Ilustrasi
Setelah teks ceramah disediakan, penceramah hendaklah menyediakan ilustrasi yang sesuai demi mempertingkatkan mutu ceramahnya di samping mengekalkan minat audien. Dalam hal ini, semua ilustrasi hendaklah sesuai dan jelas. Misalnya jika slaid digunakan penceramah hendaklah memastikan semua slaid itu dilabelkan dengan sempurna dan disusun dengan urutan betul. Bahagian-bahagian teks ceramah yang perlu diilustrasikan dengan tayangan slaid perlu ditandakan terlebih dahulu untuk megelakkan kegopohan dan ketidakaturan semasa menyampaikan ceramah. Transparensi yang digunakan sebaik-baiknya disediakan dengan menggunakan computer.  Elakkan daripada menulis terlalu banyak pada transparensi kerana audien jarang akan membacanya.  Audien lebih tertarik kepada gambar rajah dan peta yang jelas dan mudah difahami atau senarai butiran yang ringkas. Dalam penyampaian ceramah, elakkan daripada membuang masa dengan membaca butiran semata-mata dalam transparensi yang disediakan. Perbuatan sebegini mudah membosankan audien.  Apa yang sewajarnya dilakukan oleh penceramah hanyalah mengembangkan dan menjelaskan setiap butiran yang ditayangkan.

Meninjau Tempat Ceramah
Bagi penceramah yang kurang berpengalaman, sebaik-baiknya ditinjau tempat ceramah tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui semua perkara dan keadaan yang penting….misalnya
a)             Adakah tempat itu dewan yang besar dan keadaan akustiknya tidak begitu baik?
b)           Adakah tempat itu bilik yang kecil dan agak sempit?
c)           Adakah tempat itu berpentas atau hanya bercakap dari aras lantai sahaja?
d)          Adakah tempat itu terlalu panas atau dingin? Penceramah boleh menyesuaikan  pakaiannya mengikut kedaan tempat yang berkenaan
e)          Adakah peralatan seperti mikrofon, projektor slaid, LCD , dan sebagainya disediakan

Setelah meninjau keadaan tempat ceramah itu, penceramah boleh bersedia dan bertindak mengikut keadaan yang sebenar dengan lebih yakin
 Menyemak Setiap Peralatan
Jika peralatan disediakan,penceramah perlu memeriksa terlebih dahulu peralatan yang berkenaan untuk memastikan keadaannya baik dan dapat digunakan. Buat catatan tentang segala peralatan yang perlu dibawa seperti mentol ganti atau wayar sambung jika perlu. Penceramah yang kurang mahir dalam menggunakan peralatan-peralatan seperti slaid, projektor overhead atau LCD dan komputer, perlu meluangkan sedikit masa untuk berlatih menggunakannya. Memakai Pakaian yang Sesuai. Penceramah haruslah berpakaian yang sesuai dengan majlis. Pakaian hendaklah selesa mengikut suhu di tempat ceramah supaya tidak berasa terlalu panas atau sejuk. Elakkan pakaian yang anggun atau selekeh dalam majlis yang serius. Kemahiran Melahirkan Pendapat. Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemairan untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut:
1.             Cara melahirkan pendapat
2.             Cara mempengaruhi audien
3.             Nada dan intonasi

Cara Melahirkan Pendapat
1.      Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah
2.      Mengemukakan pendpat dalam bentuk kertas kerja
3.      Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan
4.      Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, buku statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan
5.      Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan
6.      Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat
7.      Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami
8.      Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan majlis ceramah
9.      Menggunakan istilah-istilah mengikut laras bahasa yang berkenaan
10.  Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret
11.  Menyelitkan unsur kecindan/humor dalam penyampaian pendapat
12.  Menunjukkan keyakinan diri
13.  Mewujudkan hubungan mata yang sesuai dengan penonton, iaitu melihat mereka – ‘dari mata turun ke hati’
14.  Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekanakan fakta
15.  Menunjukkan mimik muka yang menyakinkan – senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi
 Cara Mempengaruhi Audien
1.      Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan profesion audien
2.      Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dalam kalangan audien
3.      Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik
4.      Menyelitkan unsur kecindan
5.      Memastikan suara anda didengari oleh semua audien
6.      Menjangka had/batasan tumpuan audien
 Nada dan Intonasi
Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata sedang dilafazkan.Intonasi pula adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan.  Semasa berceramah, penggunaan nada dan intonasi yang sesuai akan membantu penceramah menyampaikan ceramah dengan lebih sempurna. Di permulaan ceramah, nada dan intonasi penceramah biasanya mendatar dan lembut ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Akan tetapi, apabila tajuk ceramah dinyatakan, nada suara akan dinaikkan sedikit untuk menarik minat dan perhatian audien. Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian adalah seperti yang berikut:
a)     Meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian
b)     Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu
c)     Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan
d)      Pause – Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan memahami hujah anda
e)      Menggunakan sebutan baku
f)      Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun
g)      Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan suasana yang hambar
h)     Menggunakan nada dan intonasi yang menggambarkan keprihatinan

Apabila mengemukakan soalan atau pandangan, penceramah sebaik-baiknya menggunakan nada suara yang menggambarkan keprihatinan dan hormat kepada ahli-ahli panel
Kemahiran Menutup Ceramah
a)      Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini, pengerusi perlu mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri
b)     Merumuskan keseluruhan idea yang telah dicermahkan. Dalam hal ini, penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan satu kepuasan dalam kalangan audien
c)     Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat
d)      Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat
e)     Memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah
 Contoh Ceramah
Tajuk - Peranan Ibu Bapa dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Anak-anak Mereka

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia
Terima kasih pengerusi majlis, yang dihormati Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Menengah Selekoh, Tuan Pengetua, para guru serta para hadirin dan hadirat sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Menengah Selekoh yang sudi mengundang saya untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Peranan Ibu Bapa Dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan Anak-Anak Mereka” demi kepentingan pendidikan anak-anak bangsa kita.
Pendidikan adalah ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya. Proses pelaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Oleh itu, pendidikan bersifat dinamik dan sentiasa berkembang dalam mencari kebenaran ilmu.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membina tamadun manusia…….. 

 
Tajuk Penulisan Kertas Kerja
Kertas Cadangan Seminar  Mengangkasakan Bahasa Melayu  Tahun 2008
1.0              Tajuk
Seminar  Bahasa Melayu bagi tahun 2008 ini ialah Mengangkasakan  Bahasa Melayu”
2.0       Rasional
Umum mengetahui bahawa Melayu (BM) telah termaktub sebagai bahasa Kebangsaan dalam Fasa 152 Perlembagaan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh  BM memang tidak dapat disangkalkan lagi. Walaupun fungsi yang dimainkan oleh BM ini amat besar, namun mutakhir ini, peranan BM dan penggunaannya semakin terabai serta dipandang remeh olah sesetengah golongan.  Ini kelihatan BM seolah-olah tidak mendapat tempat di negaranya sendiri dan penggunaannya semakin terpinggir. Oleh itu, dengan adanya seminar  ini, diharapkan akan dapat membantu dan meningkatkan kecintaan, dan keprihatinan para pendidik serta pencinta bahasa Melayu terhadap bahasa kebangsaan seterusnya dapat meningkatkan martabat dan mengangkasakan taraf BM hingga ke peringkat global.  Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran BM, sememangnya amat perlu seseorang guru bahasa Melayu,  menguasai dan mendalami  ilmu bahasa bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
 3.0       Objektif
Objektif Seminar  Bahasa Melayu  ini  adalah seperti yang berikut:
1.      Meningkatkan kecintaan serta keprihatinan para pendidik serta pencinta BM terhadap bahasa kebangsaan
2.      Memahami dan mengaplikasikan BM baku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan kehidupan seharian
3.      Menimbulkan kesedaran akan kepentingan BM sebagai bahasa Kebangsaan yang perlu sentiasa diperkasakan dan diangkasakan kedudukannya.

4.0       Strategi
Antara strategi yang dilaksanakan dalam bengkel ini adalah seperti yang berikut:
1.      Pembentangan Kertas Kerja
2.      Sidang Pleno/rumusan

5.0       Penyertaan
 Peserta yang akan diundang untuk menyertai Seminar Bahasa Melayu ini  terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah di daerah Kinta, Perak Tengah dan Kuala Kangsar. Penyertaan juga dibuka untuk pencinta bahasa di kawasan sekitar Bandar raya Ipoh. Penyertaan terhad untuk 100 orang peserta sahaja.
6.0       Cadangan Tarikh
Secara tentatifnya, seminar  ini akan diadakan pada 2 April (Rabu) 2008 bersamaan 25 Rabiul Awal  1429  Hijrah.  Walau bagaimanapun, tentatif  tarikh ini akan berubah jika sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan berlaku  di luar  kawalan  jawatankuasa.
7.0       Tempat
Di Hotel Hillcity, Ipoh.  Tempat seminar juga akan berubah jika perbincangan dengan pihak pengurusan hotel yang lain menawarkan harga pakej yang lebih manusabah.
8.0       Jadual Seminar

Hari
Masa
Tajuk

2 April 2008
(Rabu)

8.00 - 8.30 pg

9.00 - 10.00 pg


10.00 - 10.30 pg

10.30 - 11.30 pg

11.30 - 12.30 t/h

12.45 - 2.15 ptg

2.15 - 3.15 ptg

3.15 - 3.45 ptg

3.45 - 4.30 ptg

4.30 - 5.00 ptg



Pendaftaran

Pembentangan Kertas  Kerja 1 (Ucaptama)

Kudapan

Pembentangan Kertas Kerja 2

Pembentangan Kertas Kerja 3

Makan tengah hari  dan Solat

Pembentangan Kertas Kerja 4

Rumusan

Majlis Penutupan

Minum petang dan bersurai
 9.0  Cadangan Penceramah
                        1.         Prof. Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim
                        2.         Prof. Dr. Abdullah Hassan
                        3.         Datuk A.Aziz Deraman
                        4.         Datuk Dr. Hassan Ahmad
 10.0 Anggaran Perbelanjaan
 Anggaran perbelanjaan Seminar Mengangkasakan Bahasa Melayu adalah sebanyak RM10,140.00.  Secara terperinci, perbelanjaan adalah seperti butiran yang berikut:

Bil.
Perkara
AnggaranPerbelanjaan

1.
Makan
·      100 peserta x RM40.00
(RM10.00 –Kudapan + RM20.00 – makan tengah hari + RM10.00 –  minum petang)

RM 4000.00

2.
Penginapan Penceramah
·      RM160.00x1 malam x4 orang

RM 640.00
3.
Sagu Hati  untuk Penceramah
§      4 orang x RM200.00

RM 800.00
4.
Bilik Seminar

RM1000.00
5.
Alatan/Bahan
§     Kertas putih A4 (5rim x RM8.00)

§     Dakwat Printer Epson (2 kotak x RM80.00)


RM  40.00
RM 160.00

6.
Beg peserta (100 x RM30.00)

RM 3000.00
7.
Lain-lain (rencam)

RM 500.00
JUMLAH
RM 10,140.00

11.0 Penutup
Seminar Mengangkasakan Bahasa Melayu   yang dianjurkan bersama oleh IPIpoh dan DBP Wilayah Utara berasaskan rasa tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu  dan pencinta bahasa Melayu sejajar dengan kegemilangan BM sebagai bahasa lingua franca di rantau Asia suatu masa dahulu. Dengan adanya seminar  ini, diharapkan keprihatinan setiap peserta terhadap kedudukan dan taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu akan lebih kukuh dan mantap. Di samping itu,  berupaya menanam bibit-bibit kecintaan terhadap  bahasa Melayu dari sudut yang lebih luas.
JAWATANKUASA SEMINAR MENGANGKASAKAN BAHASA MELAYU
Penaung                               :           Tn. Hj. Abd. Kadir bin Basiran
                                                            Pengarah IPIP
Penasihat                             :           Timb. Pengarah  IPIP
Pengerusi                             :           Pn Hjh.  Wan Nab bt wan Deraman
                                    Ketua Jabatan JPM, IPIP
Tim. Pengerusi                   :           Tn. Hj. Ayob b Saleh                                
Urus Setia                           :           Pn. Habibah bt Mohd Samin
                                                            En. Mohd Paris b. Arshad

Setiausaha                           :           Tn. Hj. Mohd Razak b. Mohd Nordin
                                                            Pn. Hjh. Puteh bt Ahmad

Sijil                                         :           Cik Hjh. Nur ‘Azah bt Ahmad @Ahmad Zakaria
                                                            En. Mohd Taufik b. Hj Ahmad
Pendaftaran                         :           Tn. Hj. Mohd Sazali b                   
En. Shamsudin b Abu Bakar
                                                                                    En. Kamarulazlan b. Abdullah     
Teks Ucapan                       :           Pn. Fatimah bt Ibrahim      
                        Kertas Kerja dan
Peralatan Seminar             :           En. Nor Azni b Yahya
                                                            En. Hamzah b. Sulaiman
Hadiah dan
Cenderamata                       :           Pn Hasnah  bt Awang
                                                            Pn. Norehan bt Mohamad
                                                            Pn. Norainah bt Saleh

Jamuan                                 :           Pn. Faridah bt Mustafa
                                                            Pn. Normah bt Kamarodzan
Siar raya
dan jurugambar                  :           En Baharuddin b Ismail

Buku program dan                       
 Atur cara                              :           En Khairulanuar b Ismail
                                                            Tn. Hj. Abd. Rani b. Hassan

Pelaporan                             :           Tn. Hj. Mokhtar b Hj. Rais
                                                            En. Ismail b. Noh
Pengacara majlis                :           En Isa b Sabar
                                               
Tajuk Pengacaraan Majlis

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WARISAN
8.30 pagi : KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
·         Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Dipertua PIBG Sek.Keb seri warisan.
·         Awal Bismillah pembuka bicara, selamat datang ungkapan alu-aluan.
·         Mohon izin Yang Dipertua untuk kami mulakan majlis.
·         Yang Dihormati. Tuan Haji Ahmad bin Nordin, Yang Dipertua PIBG Sek.Keb.Seri Warisan,
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Khalid bin Abd Rahman, Guru Besar Sek. Keb. Seri Warisan.
Guru-guru, kakitangan sekolah serta hadirin dan hadirat sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Keluarga Sek.Keb. Seri Warisan kali ke-10.
                                                Besar langsat di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hati kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

BACAAN DOA
Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan memohon restu agar majlis mendapat berkat.
·         Dipersilakan (nama) untuk memimpin bacaan doa.
 UCAPAN ALU-ALUAN
·         Sebagai pembuka acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Haji Mohd Khalid bin Abd Rahman, Guru Besar Sek. Keb. Seri Warisan untuk menyampaikan ucapan. 
UCAPAN PERASMIAN
·         Untuk menyempurnakan majlis perasmian, dengan berbesar hati majlis menjemput Yang Dihormati. Tuan Haji Ahmad bin Nordin, Yang Dipertua PIBG Sek.Keb.Seri Warisan menyempurnakan majlis perasmian.
                                                JAMUAN DAN AKTIVITI
·         Hadirin dijemput menikmati hidangan sempena Hari Raya sambil berhibur dengan persembahan dan aktiviti permainan yang telah disediakan.
                                                            PENUTUP
·         Majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Haji Ahmad bin Nordin, Yang Dipertua PIBG Sek.Keb.Seri Warisan diiringi Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Khalid bin Abd Rahman, Guru Besar Sek. Keb. Seri Warisan untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pemenang.
·         Sebelum majlis berakhir, kami sebagai penganjur memohon ribuan kemaafan jika berlaku kekurangan dalam majlis hari keluarga ini. Semoga majlis ini dapat dilakukan pada masa akan datang.

Tajuk Pengumuman
 Pengenalan
 Satu aktiviti penyampaian dan penyebaran sesuatu maklumat kepada orang ramai; maklumat mesti tepat dan jelas
Arbak Othman (1995:98); pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman
Kamus Dewan Edisi Ketiga(1994: 1518) menerangkan bahawa pengumuman membawa maksud kepada pihak yang mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai atau pemakluman
Jenis-jenis Pengumuman
1. Pengumuman dalam keselamatan awam; Contoh, meliputi pengumuman kawasan larangan, membaiki lintasan awam, di pagar keretapi, perintah berkurung dan bangunan berbahaya
2. Pengumuman untuk kepentingan awam; merangkumi gangguan bekalanm elektrik, gangguan bekalan air, mengemaskinikan rekod pemegang lesen perpindahan syarikat, kematian, perkahwinan, bencana alam dan lain-lain
         Media Menyampaikan Pengumuman
•         Sepanduk; direntangi di sesuatu tempat; tulisan terang; ada logo dan orang ramai faham.
•         Poster ; Tulisan , logo dan grafik poster mengikut citarasa pihak yang bertanggungjawab
•         Papan Tanda; Saiz besar, mengikut jenis perniagaan
•         Iklan; rekabentuk dan corak tersendiri; mengikut wahana yang digunakan

BENTUK PENGUMUMAN 
A.                Bahagian Tajuk
            Perkara yang terlibat dalam bahagian ini ialah:
                                      i.      Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan
                                    ii.      Ditulis dengan huruf yang paling besar dan berbentuk frasa
                                  iii.      Diletakkan di atas atau di papan tanda
                                  iv.      Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan
B. Bahagian Penjelasan:
        Perkara yang terlibat dalam bahagian ini ialah:
                                      i.      Terdapat mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk bersepadu
                                    ii.      Merupakan bahagian yang paling panjang dan maklumat yang banyak
                                  iii.      Terdapat berbagai-bagai jenis ayat yang diterapkan dalamnya seperti ayat berita, ayat suruhan, ayat ajakan, ayat larangan, pertanyaan dan sebagainya
C. Bahagian Kesimpulan
        Perkara yang terlibat dalam bahagian ini lebih kepada maksud yang hendak disampaikan, iaitu pesanan dan pemberitahuan penting
Ciri-ciri Pengumuman
•         Maklumat yang benar dan tepat
•   Orang yang dipertanggungjawabkan membuat pengumuman mesti jujur dan menyiarkan pengumuman yang benar
•         Keterangan daripada sumber yang layak dipercayai
•         Diperolehi daripada pihak berkenaan dan bertanggungjawab
•         Prosedur Pengajaran Pengumuman
1. Pendedahan
•         Didedahkan dengan pelbagai bentuk pengumuman
•         Pelbagai audio digunakan
•         Melawat dan mendengar situasi sebenar
2. Mengenal pasti bentuk dan isi pengumuman
•         Boleh mengklasifikasikan bentuk-bentuk pengumuman
•         Menentukan tata cara dan keperluan menjalankan jenis pengumuman
•         Berdasarkan tujuan, sasaran dan teknik yang bersesuaian
3. Menulis Teks Pengumuman
•         Pengumuman walaupun pendek tetapi sukar
•         Latihan dengan bimbingan dapat membina kemahiran
•         Menentukan tema pengumuman ditulis
•         Memilih tajuk yang bersesuaian dengan tema tersebut
•         Cara pengumuman ditulis (media)
4. Gaya Penyampaian
•         Aspek lisan, sebutan dan intonasi yang sesuai
•         Menerangkan secara am dan khusus tentang intonsi yang sesuai
•         Menerangkan berkaitan isi, gaya bahasa, kelancaran, gaya bercakap dsb
•         Mestilah bersesuaian dengan jenis-jenis pengumuman
5. Pengajaran dan Pembelajaran Pengumunan
•         Pelbagai aktiviti dapat dijalankan dalam proses P&P
•         Aktiviti; lakonan, mimos, main peranan dan sebagainya
•         Aktiviti penulisan boleh gunakan bahan pengumuman sebagai bahan
•         Latihan pemahaman, penulisan, rumusan, ulasan, pengajaran tatabahasa dsb
6. Pengukuhan
       Boleh berbincang isi, bahasa, gaya pengucapan, intonasi, kelancaran. Aspek lain mimik muka, sebutan, kebakuan bahasa, dan sebagainya. Pengumuman yang baik diberi pujian
Konsep Pengumuan ialah pemberitahuan sesuatu hal, pemakluman ataupun memberitahu sesuatu hal kepada orang ramai yang boleh dilakukan secara spontan atau dirancang atau disediakan dengan lebih awal
Ciri-ciri Pengumuman Lisan
•         Bahasa mestilah jelas, ringkas dan tepat pada maksudnya
•         Suara, nada dan intonasi mestilah jelas dan betul
•         Penyampaian mestilah lancar dan tidak tersekat-sekat
•   Penggunaan bahan sokongan memudahkan pendengar memahami apa yang hendak disampaikan         
Ciri-ciri Pengumuman Bertulis
•         Bahasa mestilah ringkas, tepat dan padat (gunakan ayat aktif)
•         Tajuk hendaklah ditulis di sebelah atas dengan jelas dan dapat menarik perhatian pembaca
•         Mesej yang disampaikan haruslah tidak berbelit-belit (elakkan kekeliruan)
•         Pengumuman yang ditulis mestilah jelas dan terang

CONTOH PENGUMUMAN
      Adalah diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  Semenanjung Malaysia (LPKP) sedang menjalankan operasi mengemaskinikan rekodnya mengenai pemegang-pemegang Lesen Teksi Bandaraya Kuala Lumpur.
       Bagi melicinkan urusan ini, kerjasama pemegang-pemegang Lesen dan Pemandu Teksi Bandaraya Kuala Lumpur adalah diminta menghadirkan diri ke Tingkat 2, Bangunan MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada bila-bila masa antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada 18, 19 dan 20 Ogos 2009 untuk memberi maklumat-maklumat yang dikehendaki:
Sila bawa bersama salinan dokumen-dokumen berikut (mana yang berkenaan):
1.             Lesen Teksi
2.    Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan maklumat Perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh pendaftaran perniagaan;
3.             Borang 24,44 dan 49 Akta Syarikat 1965 terkini;
4.       Salinan Borang A KWSP bagi tiga bulan terakhir dengan salinan asal resit-resit KWSP yang berkenaan;
5.             Surat Perjanjian Pinjaman Kenderaan
6.             Penyata Akuan Bank bagi 3(tiga) bulan terakhit;dan
7.             Perjanjian sewa atau sewa beli kenderaan
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Semenanjung Malaysia.

Contoh:
Kepada sesiapa yang kehilangan anak perempuan yang berusia 5 tahun, berpakaian lengkap baju kurung berwarna hijau tua berbintik putih, bertudung  hijau muda dan berseliper getah. 
Latihan
Anda dikehendaki  membuat rumusan atau ulasan kepada pengumuman di bawah ini. Perhatian kepada pemilik kenderaan yang bernombor AQL8482, sila alihkan kenderaan anda dengan kadar yang segera kerana kedudukan kenderaan anda berada dalam keadaan yang berbahaya. Sekian Terima kasih

Tajuk Pidato
aktiviti pengucapan umum
   *    latihan untuk   -  berfikir secara logik, menaakul,  
      menganalisis, berhujah dengan baik
      guna bahasa tepat , dan gaya menarik dan  
      meyakinkan
 *     guru perlu dilatih  …. agen penyebar ilmu.
 ·         Komunikasi sehala dan dilakukan dalam masa yang ditentukan.

                DEFINISI
 Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menghurai dan menjelaskan sesuatu isu/tajuk dalam masa yang ditentukan bagi mempengaruhi khalayak supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan.
    TUJUAN
 ·         memberi penerangan sesuatu isu/tajuk  dan menjelaskan aspek pentingnya.      
 ·         beritahu khalayak perkara baru seperti peristiwa / hal ehwal semasa yang menarik.
 ·      beri keyakinan kepada khalayak tentang pendiriannya terhadap sesuatu isu/perkara.
 ·pengaruhi khalayak supaya beri perhatian sewajarnya terhadap sesuatu isu/perkara.               
        FORMAT
 I  -  Pembuka kata   -    penghargaan kepada  khalayak
                                            -   penghargaan kepada  penganjur
   2 -   Pendahuluan     -   menarik minat khalayak
                                 -   membina keyakinan khalayak
                      -   definisi / takrif tajuk
                      -   pendirian pemidato
          3 -   Isi / Amanat        -  huraian fakta demi fakta
                               - fakta beserta contoh,   data,rajah,gambar dsb.                    
                                ( sokongan ) 
           4 -    Penutup    -  penghargaan kepada   penganjur
                    -  mohon maaf kepada khalayak
                    -  harapan beri manfaat kepada  khalayak
                             
 PENGUASAAN KEMAHIRAN – PEMIDATO
            1. Persediaan    -  tahu tujuan
                                     -  dapat menganalisis khalayak  dan majlis
 -  cukup maklumat / bahan sesuai  dengan majlis dan jenis khalayak
 -  susun maklumat ikut fakta  wajib,harus dan boleh                dimasukkan  jika pelu dan ada  masa.
-  dapat menganggarkan masa
             -  tahu tempat dan masa berpidato.
          2.  Kemahiran Memulakan Pidato
 3.  Kemahiran Melahirkan Pendapat
  4.  Kemahiran Menamatkan Pidato

6 comments:

  1. Penyampaian pidato yang berkesan dapat mempengaruhi audien yang mendengar dan bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh pemidato dan ia juga merupakan salah satu tujuan utama pengucapan awam secara amnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar seperti Presiden Suharto yang bijak berpidato sehingga kita terpengaruh dengan ide dan pemikirannya.

      Delete
  2. bagi pendapat saya, ucapan yang agak sama dengan pidato. jika penyampaian ucapan itu baik maka baiklah. Ucapan juga bole membawa perubahan kepada pendengar

    ReplyDelete
  3. bagi pendapat saya, ucapan yang agak sama dengan pidato. jika penyampaian ucapan itu baik maka baiklah. Ucapan juga bole membawa perubahan kepada pendengar

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Puan. Hari ini saya telah menyampaikan ucapan saya di depan rakan-rakan berdasarkan tugasan yang diberikan oleh Puan kepada saya. Saya menyampaikan ucapan dengan jayanya walaupun Puan tidak sempat hadir semasa pengucapan saya. Ucapan merupakan salah satu komunikasi sehala. Bahasa ucapan saya mudah difahami oleh pendengar. Hal ini kerana kemungkinan bahasa saya gunakan tidak berbelit-belit, tidak berbunga-bunga dan tidak banyak kiasan.Selain itu,ucapan saya juga telah meyakinkan para pendengar kerana ianya sesuai dengan taraf hadirin iaitu pelajar atau rakan-rakan saya, kelas L6.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera Puan. Hari ini saya telah menyampaikan ucapan saya di depan audien. Walaupun puan tidak sempat hadir semasa pengucapan awam saya berdasarkan tugasan yang diberikan oleh puan kepada saya namun ucapan saya dijalankan dengan jayanya. Ucapan merupakan salah satu komunikasi sehala. Bahasa ucapan saya mudah difahami oleh pendengar. Hal ini kerana kemungkinan bahasa saya gunakan tidak berbelit-belit, tidak berbunga-bunga dan banyak kiasan.Selain itu,ucapan saya juga telah meyakinkan para pendengar kerana ianya sesuai dengan taraf hadirin iaitu pelajar atau rakan-rakan saya, kelas L6.

    ReplyDelete